Sunday, April 10, 2011

musafir life's

"sampaikanlah pesan ku walaupun sepotong ayat" (Nabi Muhammad S.A.W)

A: ko da solat belum? da lewat nie, nanti masuk Asar pulak
B: aku awal2 lagi da solat la weyh, siap jamak lagi ngan asar.
A: aik? macamana plak ko boleh jamak?? bukan kita b'mukim ke kat sini?
B: B'mukim?? macam x jer.
A: Yer la, kita kan nak stay kat kawasan nie melebihi 3 hari, maner boleh jamak la...
B: Boleh la,kita da musafir melebihi 2 marhalah & stay 4 hari jer kan kat sini, 3 hari awal kita jamak jer la.save masa 2.
A: Mana boleh, klu da niat nak tinggal kat sesuatu kawasan melebihi 3 hari, 2 da dikira b'mukim.Orang bermukim mana boleh jamak qasar.solat macam biasa boleh la.lagipun kita bukan rush nak pegi mana-mana pun, malas betul ko nih...
B: ??!!

kadang2, perkara yang remeh pun boleh jadi hal yang besar klu x tau tatacara & syarat yang betul.belajar la klu x tau.nie suruh belajar,ko p melepak jer.kononnyer study,tapi berFB,kononnyer busy,tp busy tido...sighh..ape la nak jadi ngan ko nih...

jom belajar secebis ilmu buat ulangkaji dalam kehidupan :)

Fuqaha’ as-Syafie berpendapat tidak boleh diqasarkan solat, jika seseorang berniat untuk bermukim (menetap) selama 4 hari ke atas kecuali dibenar untuk terus qasar selama 18 hari dengan syarat dia tidak mampu tetapkan waktu yang sebenar untuk berhenti di suatu tempat itu kerana urusan terus bertangguh dari hari ke hari berdasarkan hadis Imran bin Husain yang berkata: “Aku musafir bersama Rasulullah SAW. Aku juga terbabit dengan Baginda SAW semasa pembukaan Makkah. Baginda SAW bermukim di Makkah selama 18 malam. Baginda tidak bersolat kecuali dua rakaat saja. Baginda SAW bersabda (yang bermaksud): “Wahai penduduk Makkah, solatlah kamu sekalian sebanyak empat rakaat, kerana kami adalah kaum yang musafir.” Hadis ini dikeluarkan oleh as-Syafie secara panjang lebar dan juga Abu Daud. (yg nie aku copy paste dari Darul Ulum online)

yg aku dengar dari Ustaz Azhar pun sama, klu dah niat dari awal nak stay kat sesuatu tempat (bukan tempat yg kita da bermastautin/bermukim) 4 hari dan keatas, confrim2 xle la nak solat jamak qasar.jgn jadi pemalas.solat 2 tiang agama.ingat boleh senang ke hidup kat akhirat sana klu ambil x endah jer..

ini jer yg mampu aku tulis buat hati yang seringkali alpa.untuk penerangan yg lebih lanjut. PEGI BELAJAR LA!!!malas betul

:~:waallahualam:~:
#ilmu,taqwa,cemerlang#
p/s: klu ader yg salah, tolang tegur yer.

No comments:

Post a Comment